Saturday, February 27, 2010

Private Class, Rose


Dalam kesibukan nak siapkan " competition work" masih ada yang nak mendalami ilmu sugarcraft.Harini walaupun hanya tingal seminggu saja lagi sebelum berangkat ke London.. sempat jugak buat kelas untuk Kak Yom. Mulanya nak jer tolak sebab masa terlalu suntuk.. tapi memikirkan keinginan yang mendalam kak Yom tu aku terima jugakla untuk last class sebelum berlepas. Rose ni method 5 petals technique.. senang ke susah kee janji nak kena buat practice banyak kali... akhirnya siap jugak hasil kerja Kak Yom ni.. gembira sungguh selepas tamat kelas selama separuh hari... Untuk maklumat semua. saya tidak menerima apa apa tempahan dari 28 February hingga 18 March 2010.. Kelas jugak tidak dapat dijalankan next class Insyaallah akan menyusul.. Untuk mereka yang nak beli tylose/CMC kena tunggu sebab stock dah habis.. bagi mereka yang inginkan mould diharap bersabar sebab tak sempat sempat nak buat .. material dah ada ... InsyaALLAH nanti di uploadkan.. Untuk rakan sugarcraft dan student student,doakan kejayaan saya di London nanti ...

Sunday, February 7, 2010

Kelas Sugar Orchids...




Akhirnya kelas Sugar Orchid berakhir dengan jayanya.... masing masing struggle sejak first day kelas bermula..dengan usaha yang bersungguh sungguh dan menunjukkan minat untuk bermarathon membuat ketiga tiga jenis orchid dan daun tropika tu.Bagi Kak mariam dan kak camelia kelas kali ni mungkin biasa bagi diorang sebab dah biasa dengan kelas sebelumnya.. bagi kak fadhila dari singapore moga moga berpuas hati dengan month orchid yang kita buat..Untuk kak June ( cupcake kasih )& kak basariah, selamat menjebakkan diri dalam sugarcraft dan sugarflower. Buat kak Yom... teruskan mempelajari dan mendalami ilmu sugarflower.semoga berpuas hati dengan kelas yang dihadiri. Next step minggu ni dah nak kena fikir dan mencari idea untuk persediaan Squires Kitchen's Cake Competition di London dalam kategori Miniature wedding cake dan sugarflower arrangement. Idea dah ada skang nak kena buat planning of arrangement dan selection of sugarflower.. bagi miniature plak masih mencari idea yang sesuai... mungkin theme traditional vs modern kot takpun eastern met west.. tak pun oriental theme... ape ape jerlaaaa....

Tuesday, February 2, 2010

BLOG BARU SHARING SUGARCRAFT.

Salam semua

Kerap kali saya menerima email bertanyakan resepi dan ingin memahami pengertian doh gula.Dari fondant, gumpaste, flowerpaste plastic aising dan sebagainya kesemuanya agak mengelirukan. Jadi saya wujudkan sebuah lagi rantaian blog saya untuk saya berkongsi pengetahuan berkaitan doh gula. Sila lawati SHARINGSUGARCRAFT yang boleh dicapai melalui icon SHARINGSUGARCRAFT yang disediakan didalam colum sebelah kiri blog ini.Blog itu juga diwujudkan bagi memberi free tutorial kepada anda semua....

semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua....

Happy Sugarcrafting!!!!

SHAHRIL SHAMSUDIN