Sunday, March 28, 2010

Designer Lace Moulds



Cakexpressions and Sugarcraft dengan bangganya memperkenalkan rangkaian Designer Lace Moulds untuk mereka yang meminati seni hiasan " Wedding Cake dan Sugarcraft". Pelbagai corak "English Lace" akan diperkenalkan secara berperingkat peringkat dimana ianya sesuai untuk menghiasi kek- kek perkahwinan yang lebih elegance serta juga sesuai digunakan untuk hiasan cupcakes dan minicakes.Pilihan dari lace wrap, lace mirror, designer bow lace maker, medallions, borders, ribbon insertion lace maker and decorative moulds disediakan untuk menghiasi sisi mahupun permukaan cake anda.Handmade mould ini diperbuat dari imported material serta di imprint dengan imported lace yang berkualiti tinggi.Ianya mudah digunakan, flexible, serta tidak melekat.Apa yang penting adalah kreativiti anda untuk mempelbagaikan penggunaannya . Sila lawati laman Desingerlacemoulds untuk melihat design terbaru dari cake designer shahril shamsudin. Untuk sebarang pesanan, sila hubungi kami melalui email shahcakes@yahoo.com. Sila maklum bahawa lace mould ini menggunakan konsep " made to order" jadi pesanan boleh dibuat 7 hari sebelum penghantaran.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui email yang tertera.

Friday, March 19, 2010

Squires Kitchen Cake and Chocolate Exhibition






Ha haa Alhamdulillah akhirnya selamat juga tiba di Malaysia selepas 19 jam diatas kapal terbang.pengalaman 2 minggu di London memang tidak ternilai. Banyak juga yang pengalaman serta kenangan sepanjang berada disana. Selain melawat kota London sempat jugak jenjalan ke Paris.
Anyway.. Get back to sugar craft. Niat nak jumpa sugar artist seperti Alan Dunn, Tony Warren, Paddy Clark, Debiee Brown,Jan Cleyment May, Fumi Fukumoru Ediee Spence, Karen Davies, Sue Griffith, Geraldine Dahlke,Alyson Leleyman, Stephen Benison , Lindy smith, dan Ann Pickard akhirnya termakbul juga. Paling best selepas menanti hampir 10 tahun akhirnya berjaya jugak jadi anak murid Alan Dunn dan Tony Warren. Tak cukup dengan mini class sepanjang squires exhibition, sempat juga buat private class dengan Alan.. last minutes arrangement akhirnya Alan bersetuju untuk kelas one to one basis. So untuk tidak membazirkan masa, hanya mintak kelas demonstration dari Alan dunn. Dari situ Alan demonstrate nak buat Gebra dan rose flower, dan beberapa lagi daun daun dari bukunya sugar flower and foliage. Rupanya Alan ni peramah orangnya.. so sepanjang harila kelas dgn dia.. sempat jugak alan hadiahkan veiner dia buat satu set serta peony leaf cutter , dia gak ajar cara cara nak buat mould pun huhuuu complementary lagi tuu.. Paling tak sangka dia boleh pulak tunjuk lagi dua buku yang sedang disiapkan untuk keluaran hujung tahun ni dan tahun depan.. so wajib la beli… Dalam kelas tu jugak jumpa Satiya Narayansamy.. she is very talented, anak murid Alan Dunn jugak.. dalam buku terbaru Alan ada gubahan bunga yang Satiya buat dah sebijik macam Alan pun. Apa apa pun selepas menanti 10 tahun nak jumpak and belajar dgn Alan ni akhirnya tuhan makbulkan.. Thanks jugak pada Unitar kasi peluang ni kalau tak .. tak dapeklerrr.. so ni huh gambar gambar yang mampu dishare.. enjoy.

Sunday, March 14, 2010

I'm one of the winner Squires Kitchen Exhibition 2010/




Alhamdulillah..setelah akhirnya penat lelah dan cabaran selama 3 minggu sebelum ke 24th Squires Kitchen's Anual Cake Decorating Competition UK.. membuahkan hasil juga... tempat ketiga dan bronze award untuk floral arrangement dan bronze award untuk miniature wedding cake. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapai tapi berkat usaha gigih serta support dari semua pihak dari malaysia dan di surrey UK akhirnya kedua dua creation kali ini berjaya dipertandingkan dengan jayanya.Jutaan terima kasih kepada Universiti Tun Abdul Razak kerana memberi kepercayaan sepenuhnya untuk ke Uk, Keluargayang sentiasa memahami kerjaya "ntah apa apa ni" rakan rakan kerja di FHTM, student student, rakan sugarcrafter..yang sentiasa memberi support pada saya..Tidak lupa juga keluarga abg Mat Nor di Surrey UK yang tidak jemu memberi galakan , moral support serta bantuan sepanjang berada di Uk. Untuk Kelv Chua thanks for da advice dan tidak lupa juga geng geng ICCA yang turut hadir ke sini kali ni..So still have 3 days before flying back to Malaysia..
Untuk floral ararngement kali ini menggunakan tema tropical flower dengan gubahan bunga dellinia,antarium, bird of paradise, tiger oncidium,,mother rose spiral orchid, renantra, monstrea leaf and flower dan orchird tree. Disebabkan terpaksa travel jauh m\bunga bunga ini dibuat sedikit tebal untuk mengelakkan ianya dari patah.. malangnya.. ada jugak yang patah dan terpaksa disambungkan kembali .. mungkin menjadi penyebab kehilangan markah...bagi miniature wedding cake.. pilihan warna biru kuning untuk memberi kesan contra pada cake.. teknik extension work, lace piece, dan embroideri digunakan untuk side design. bagi gubahan bunga miniature pula.. menggunakan arum lily, cymbidium orchid, fern, monstria leag, ruscus hosta dan asatic lily.. Selepas berbincang dengan Paddy Clark, gubahan bunga tropical ini terpaksa ditinggalkan dan disimpan di Squires Kitchen School Surrey sebagai bahan display.. semoga ianya kekal sepanjang hayat...