Sunday, September 5, 2010

Menang Selepas Menanti 3 tahun untuk Royal Adelaide Show...


Alhamdulillah.. selepas menanti hampir 3 tahun akhirnya kalini sangkut juga... Percubaan pertama memasuki pertandingan cake decoration di Royal Adelaide Show pada tahun 2008 tidak membuahkan hasil...kata juri corsage sugarflower yang dibuat nampak macam spray of flower not a corsage ha haaa... then alkisahnya terkeluar tajuk ... so gagal menerima sebarang tempat.. Tahun 2009 hantar lagi ... kali ni 2 masterpiece dihantar .. satunya corsage of sugarflower dan satu lagi miniature wedding cake.. Corsage bunga kekwa yang dibuat tu tidak menambat hati juri.. manakala Miniature wedding cake tu pulak... tersingkir secara automatic disebabkan dawai bunga tercucuk pada cakenya... Peluang untuk menghadiri sessi graduation bulan 5 baru baru ke Adelaide Australia merupakan peluang terakhir yang patut diambil.. so sekali lagi miniature wedding cake dihantar untuk dua competition .. satunya State Cake Decorating Competition yang diadakan awal bulan 6 manakala satu lagi adalah Royal Adelaide Show... Alhamdulillah .. untuk State Competition miniature wedding cake tu menang tempat kedua dan semalam menerima berita gembira cake yang sama memenangi tempat ketiga untuk Minature wedding cake di Royal Adelaide Show 2010 yang sedang berlangsung pada 3 hingga 11 September 2010 di South Australia.... Puas hati ... mununggu 3 tahun baru nak dapat. errrrrrr!!!!!!!

Gumpaste dari Seberang.....




Walaupun telah mengikuti kursus yang hampir sama gumpaste method indonesia 11 tahun yang lalu.. kesungguhan untuk mendalami seni ini masih tidak kabur.. biarpun sudah selesa dengan gumpaste english method namun semangat untuk mempelajari method indonesia ini tidak pernah luntur. Walaupun hasil bunga agak kasar dan tebal namun ianya tetap nampak menarik jika disesuaikan pada keknya. Tidak hairanlah jika gumpaste Indonesia boleh ditemui di baking supplier di Malaysia kerana sudah diketahui umum, Indonesia merupakan pengexport bunga gumpaste terbesar dunia. hampir 10 hari saya berada di Kota Jakarta bagi mempelajari bunga ini dari chef terkemuka Indonesia Chef Yongki. hampir 20 jenis bunga dipelajari dalam masa 5 Hari .. dari hasilan bunga gred C hingga kreasi gred A dipelajari dengan penuh teliti ... Thanks to Chef Yongki kerana mencurahkan ilmu ini yang sukar diperolehi dari mana mana... tidak lupa juga kepada pembantu seperti Herman, Rudy, Pulwanti, Bonito, Parjan dan Robie.. pada Lenny S dab Lenny .. semoga dapat mempraktikan apa yang dipelajari...