Friday, October 22, 2010

Sharing Sugarcraft 2010















Alhamdulillah segala yang dirancang akhirnya berjalan dengan begitu jayanya... Sharing Sugarcraft 2010 diadakan di Bandar Tun Hussien Onn Minggu lalu 17 Nov 2010 adalah bagi berkongsi kemenangan saya bersama semua students sejak 2005 . Majlis kecil ini dihadiri kira kira 30 orang dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sehari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang . Sebanyak 8 demonstration sugarart disajikan oleh 6 sugarcrafter seperti Man Kwan , Kelvin Chua, Louis, Shahril shamsudin ( K.L), Norashikin ( melaka) dan Zue ( kedah) dengan hasil kerja seperti Handbag ( Man Kwan ) Fairy Painting On Cake ( Kelvin Chua ) Air Brush on Fish Novelty ( Louis) Gold & Silver Effect on Cake ( Norashikin ) Character On Plaque ( Zue ) dan Orchid, Hibiscus and Bougainvillea ( Shahril Shamsudin ). Sungguh membanggakan kerana ramai yang hadir dan memberi sokongan dengan membawa juadah masing masing. Ada yang sanggup datang dari Kedah Pulau Pinang dan ada juga yang dari Johor.Selain demo , terdapat acarada selingan iaitu majlis penyampaian Certificate Of Competency untuk 2 pelajar yang menamatkan 3 Floral Sugar Art Class iaitu Pn Mariam Ghani serta Pn Camela Seth. Majlis ini juga diserikan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh Designer Lace Moulds serta sumbangan hadiah dari Mr Jay dari Baker's Choice . Pemenang yang bertuah menerima Voucher Tuition Fee Sebanyak Rm 200 dan hadiah pemenang lain menerima lace mould. Dengan kesempatan yang ada Cakexpressions and Sugarcraft mengucapkan Terima Kasih kepada semua Demonstrator yang tidak lokek berkongsi ilmu sepanjang majlis ini berjalan.. dan terima kasih juga kepada hadirin yang datang.

Information About My Class.

Salam and Hi to all.

Recently I have received lots of email and messages asked about my sugarcraft class. Yes it is, I am conducting classes for sugar flowers and cake decorating at all levels. I do cake decorating class is one of my hobby and passion but sometimes the time is quite limited due to other commitments. Therefore, for those who are interested to learn sugarcraft techniques such as sugar flowers and other decorating skills . I would like to suggest you to form a group of 5 per session with the same interest so that much easier for me to reschedule the session. If the group less than that don't worry I will assist you to advertised in this blog and hopefully we will get some people interested to join the session. . if you have further inquiries , please do not hesitate to contact via email shahcakes@yahoo.com or call me at 0192349452. ..

Thursday, October 7, 2010

Pot Luck ..... Sharing Sugarcraft 2010

Satu jamuan ringan ala POT LUCK akan diadakan bagi menghargai sokongan seluruh pelajar di cakexpressions and sugarcraft sepanjang penubuhannya sejak 6 tahun yang lalu dan bersempena dengan kemenangan saya di ICCA competition baru baru ini. Jamuan akan diadakan di lokasi Bandar Tun Hussien Onn pada Ahad 17 October 2010 bermula 10 pagi sehingga 5 petang. Sebanyak 6 demonstrasi akan diadakan secara percuma oleh beberapa sugar artist malaysia dengan hasil kerja tangan seperti demonstrasi sugarflower, air brushing with gold silver effect, cup cake topper, mini handbag cake, miniature cake, lace and fabric effect on cake, painting fairy on cake serta Drawing character for cake topper akan dijalankan bermula jam 10 pagi tepat. Sehubungan dengan itu semua pelajar cakexpressions tanpa berkecuali sejak tahun 2005 dijemput hadir. Panggilan jemputan sedang dibuat sekiranya ada yang tidak dapat dihubungi maka post ini akan menjadi surat jemputan. Sila hantarkan email ,mesej bersertakan nama ke shahcakes@yahoo.com atau call 0192349452 untuk mendapatkan alamat dan maklumat lanjut. Bagi yang berminat sila confirmkan kehadiran sebelum Rabu Selasa 13 October 2010.

Tuesday, October 5, 2010

First Prize Winner ICCA CAKE COMPETITION MALAYSIA 2010







Akhirnya penat lelah hampir sebulan dan tak tidur disaat saat akhir sebelum pertandingan ICCA Cake Competition 2010 akhirnya membuahkan hasil. 1st prize winner bersama gold award certificate bersertakan mohor Highly Commended diterima untuk kek ini. Thanks to ALLAH , you give me this chance to win . Sekalung tahniah kepada rakan rakan cake decorators, students dan family yang banyak memberi dorongan dan sekongan moral sepanjang menghasilkan kek ini . disebalik kemenangan ini sedikit rasa terkilan kerana kek ini mengalami kecacatan akibat kemalangan kecil di hari pertandingan. Bird cage yang dibuat jatuh serta patah dan menyebabkan beberapa stringwork, cornelli ball dan lace pieces patah.. . namun ahamdulillah .. hanya 20 % sahaja kerosakannya dan berlaku sedikit perubahan disaat saat akhir pada kek ini. sebetulnya terdapat sebiji bola cornelli diatas bird cage as a small topper, tapi sayangnya ianya pecah dan tak dapat diselamatkan. akhirnya ianya digantikan dengan Dove terbang di puncaknya. .. Overall it's still look better .. untuk tatapan semua cake ini adalah hasil gabungan teknik dari tunjuk ajar beberapa sugar artist terkenal di Australia yang juga merupakan mentor saya.. seperti Hether Evans untuk brush embroiderry, John Quai Hoi untuk hasil kerja australian modern stringwork, Kath Swambra untuk puncher techniques, Ellien Scriven untuk modelling work, Brenda Damein untuk cornelly ball dan bebarapa sugar artist terkenal dunia seperti Alan Dunn (UK) bagi Sugarflower , Nicholas Lodge (US) untuk Dove serta Marcella Sanchez (Brazil) bagi teknik fabric effect, Ann Barber (UK ) table cloth manakala Steven Benison (UK) untuk teknik link twist. Kesemua teknik teknik mereka di apply didalam menghasilkan kek ini, Manakala Idea menghasilkan keseluruhan model , susun atur , concept, theme dan color combination adalah hasil idea saya disesuaikan dengan semua teknik yang ada....kesemuanya adalah diperbuat dari gula termasuk icing cake , bird cage serta bunga dan daun ... ianya menggunakan Fondant, Gumpaste, Mexican Paste, Royal Icing dan Pastillage. Habuan kemenangan ini adalah 1 return ticket to London with 5 days school at Squires Kitchen Cake Decorating School Farnham , UK plus exhibition ticket to Squires Kitchen exhibition in London 2011. Total 7 days trip with worth of prize almost Rm 10, 000. Credit to Vivian and Kelvin for the beautiful pictures.