Sunday, September 5, 2010

Gumpaste dari Seberang.....




Walaupun telah mengikuti kursus yang hampir sama gumpaste method indonesia 11 tahun yang lalu.. kesungguhan untuk mendalami seni ini masih tidak kabur.. biarpun sudah selesa dengan gumpaste english method namun semangat untuk mempelajari method indonesia ini tidak pernah luntur. Walaupun hasil bunga agak kasar dan tebal namun ianya tetap nampak menarik jika disesuaikan pada keknya. Tidak hairanlah jika gumpaste Indonesia boleh ditemui di baking supplier di Malaysia kerana sudah diketahui umum, Indonesia merupakan pengexport bunga gumpaste terbesar dunia. hampir 10 hari saya berada di Kota Jakarta bagi mempelajari bunga ini dari chef terkemuka Indonesia Chef Yongki. hampir 20 jenis bunga dipelajari dalam masa 5 Hari .. dari hasilan bunga gred C hingga kreasi gred A dipelajari dengan penuh teliti ... Thanks to Chef Yongki kerana mencurahkan ilmu ini yang sukar diperolehi dari mana mana... tidak lupa juga kepada pembantu seperti Herman, Rudy, Pulwanti, Bonito, Parjan dan Robie.. pada Lenny S dab Lenny .. semoga dapat mempraktikan apa yang dipelajari...

0 comments:

Post a Comment