Wednesday, November 17, 2010

kelas Fondant Cake 27 dan 28 Nov 2010 9

Salam semua ..
Satu sessi Kelas kek fondant akan diadakan pada 27 dan 28 November 2010 ( sabtu serta Ahad) . Kelas selama 2 hari ini akan mengajar anda kaedah menhias kek fondant dengan teknik yang professional untuk tujuan cake hantaran pertunangan dan perkahwinan. Pelajar akan diajar teknik menghasilkan cake buah menggunakan cara Flour beating method. Pelajar juga akan diajar teknik asas menyediakan adunan plastic aising atau fondant, royal aising, royal aising paste dan beberapa teknik hiasan seperti fabric effect on cake, seperti scallops, ribbon flower ,loops ribbon, bow, frill ..piping techniques, sepeti pipe embroidery, basic brush embroidery, filigree, lace pieces dan teknik lain seperti ribbon insertion ,crimping , lace moulding, cocoa butter painting dan stamping techniques. selain itu teknik mewarna seperi shimiring juga akan diajar. Yuran adalah Rm 900 .Pelajar akan menerima dummy cake, bunga cake, 3 lace mould , aising paste. tempat hanya untuk 3 orang sahaja.. sila buat tempahan kelas sebelum selasa 23 November 2010. kelas adalah terbuka untuk semua level .. Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam lapangan cake fondant khusus untuk cake pengantin dan pertunangan , kelas ini adalah sesuai untuk anda. 2 hari kelas dengan latihan yang berterusan bakal menyediakan anda ilmu serta skill sebagai wedding cake designer.
UPDATE TERKINI KELAS TELAH PENUH.

2 comments:

Anonymous said...

pelajar lama boleh dtg ka (laili)

Shahril Shamsudin said...

boleh boleh..... tapi kelas dah full kak laili

Post a Comment