Monday, June 21, 2010

Floral Sugar Art Class... Sugar Roses..



Bunga Ros kerap kali digunakan sebagai main flower bagi menghiasi wedding cakes mahupun kek hantaran.. Pelbagai teknik atau style digunakan bagi menghasilkan bunga ros dan salah satu yang agak popular adalah menggunakan 5 petal cutters. Cake Expressions and sugarcraft dengan ini membawakan siri class menghasilkan bunga rose dengan sentuhan professional. 6 jenis rose akan diajar didalam 2 kelas berasingan menggunakan teknik yang dipelajari dari beberapa sugar artis terkenal dari United Kingdom,dan Australia. Pelajar akan diajar teknik sebenar menghasilkan serta membentuk kelopak bunga rose serta daunnya mengikut jenis bunga itu sendiri seperti Floribundas, hybrid tea rose, shrub rose,climbing rose,rambler dan Polyantha rose. Kedua dua kelas akan berjalan secara berasingan dan hanya 6 orang pelajar bagi setiap satu kelas. Kelas ini adalah dikategorikan sebagai advance class dan dibuka hanya kepada students yang pernah mengikuti floral sugar art yang dikelolakan oleh cake expressions dan juga kepada students yang pernah mengikuti sekurang kurangnya sekali mempelajari mana mana kelas gumpaste dari instructor yang lain. Yuran kelas termasuk, flower paste, cutters, veiners dan penggunaan peralatan serta warna ketika dikelas. Sila lihat tentative program serta yuran bagi setiap kelas .. Thanks to my rose teachers Alan Dunn (UK), John Quai Hoi, Jean Herrington, Rhonda Philips and Evelyn Svanborg ( AU). You are my inspiration.

0 comments:

Post a Comment