Friday, October 22, 2010

Sharing Sugarcraft 2010















Alhamdulillah segala yang dirancang akhirnya berjalan dengan begitu jayanya... Sharing Sugarcraft 2010 diadakan di Bandar Tun Hussien Onn Minggu lalu 17 Nov 2010 adalah bagi berkongsi kemenangan saya bersama semua students sejak 2005 . Majlis kecil ini dihadiri kira kira 30 orang dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sehari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang . Sebanyak 8 demonstration sugarart disajikan oleh 6 sugarcrafter seperti Man Kwan , Kelvin Chua, Louis, Shahril shamsudin ( K.L), Norashikin ( melaka) dan Zue ( kedah) dengan hasil kerja seperti Handbag ( Man Kwan ) Fairy Painting On Cake ( Kelvin Chua ) Air Brush on Fish Novelty ( Louis) Gold & Silver Effect on Cake ( Norashikin ) Character On Plaque ( Zue ) dan Orchid, Hibiscus and Bougainvillea ( Shahril Shamsudin ). Sungguh membanggakan kerana ramai yang hadir dan memberi sokongan dengan membawa juadah masing masing. Ada yang sanggup datang dari Kedah Pulau Pinang dan ada juga yang dari Johor.Selain demo , terdapat acarada selingan iaitu majlis penyampaian Certificate Of Competency untuk 2 pelajar yang menamatkan 3 Floral Sugar Art Class iaitu Pn Mariam Ghani serta Pn Camela Seth. Majlis ini juga diserikan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh Designer Lace Moulds serta sumbangan hadiah dari Mr Jay dari Baker's Choice . Pemenang yang bertuah menerima Voucher Tuition Fee Sebanyak Rm 200 dan hadiah pemenang lain menerima lace mould. Dengan kesempatan yang ada Cakexpressions and Sugarcraft mengucapkan Terima Kasih kepada semua Demonstrator yang tidak lokek berkongsi ilmu sepanjang majlis ini berjalan.. dan terima kasih juga kepada hadirin yang datang.

0 comments:

Post a Comment